fbpx

KASA lancar Pelan Strategik 2020-2030

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Ibrahim berucap sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2021 di Facebook Kementerian Alam Sekitar dan Air hari ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) melancarkan Pelan Strategik KASA 2020 – 2030: Kelestarian Alam Sekitar di Malaysia sebagai usaha peningkatan sokongan di peringkat global terhadap alam sekitar.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pelan itu adalah dokumen terperinci dan komprehensif yang mula dirangka dan dilaksanakan sejak tahun lalu berasaskan kepada konsep ‘Planetary Health’ yang merangkumi empat teras utama.

Menurutnya, empat teras itu ialah pengukuhan governans, pertumbuhan hijau, kerjasama strategik  dan keterangkuman sosial.

“Objektif utama pelan ini adalah untuk memastikan pembangunan negara dilaksanakan secara mampan dan pemulihan ekosistem yang melibatkan semua pihak dilaksanakan dengan segera.

“Pelan ini telah disemak semula pada tahun ini dengan mengambil kira kesan daripada penularan wabak Covid-19 yang memberi impak kepada keadaan ekonomi semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2021 di Facebook Kementerian Alam Sekitar dan Air & Jabatan Alam Sekitar, hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI