fbpx

Baju kurung ‘mesra vaksin’ laris di Twitter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian seorang wanita berkenaan baju mesra vaksin yang dijahit untuk kegunaan ibunya.

PETALING JAYA – Gara-gara berkongsi rekaan baju kurung ‘mesra vaksin’ di laman Twitter seorang wanita tidak menyangka dia dihujani banyak tempahan oleh netizen.

Terdahulu, wanita dikenali sebagai @usnaku berkongsi beberapa keping gambar baju kurung yang dijahitnya untuk memudahkan ibunya mendapat suntikan vaksin.

Menerusi laman Twitternya, wanita terbabit memberitahu dia baru sahaja selesai menjahit sepasang baju kurung untuk ibunya.

Baju kurung tersebut mempunyai zip pada bahagian bahu untuk memudahkan suntikan vaksin dilakukan.

“Walaupun kelihatan agak lawak tetapi ia berfungsi,” ciap wanita itu hari ini.

Ciapan terbabit telah mendapat lebih 20,000 tanda suka dan lebih 9,600 netzien membuat ciapan balas pada hantaran tersebut.

Rata-rata netizen suka dengan rekaan tersebut sehingga ada yang menyuruh wanita itu membuka tempahan kepada umum.

Pada masa sama, netizen turut menyarankan wanita itu untuk ‘paternkan’ rekaannya itu supaya ia tidak ditiru oleh orang lain seperti pesanan oleh @nahsudin.

“Cepat buat bisnes and jenama sendiri untuk rekaan macam ni sis. Nanti ramai jenama terkenal curi idea sis, bagus sangat idea baju macam ni,” ciapnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI