fbpx

89 ekor lembu ada gejala LSD sudah dilupus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Abdullah (kanan) menunjukkan hasil tangkapan ikan oleh nelayan di Pasar Nelayan Pulau Gajah, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Sebanyak 89 ekor lembu yang mempunyai gejala penyakit Lumpy Skin Disease (LSD) telah dilupuskan dalam usaha membendung penularannya di negera ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, jumlah tersebut hasil pemeriksaan yang dilakukan terhadap 81,252 ekor lembu di seluruh negara melibatkan 9,108 premis dan ladang ternakan.

Menurutnya, meskipun penyakit itu tidak menyebabkan kematian yang tinggi, ia boleh memberi kesan tidak baik kepada industri ternakan lembu negara.

“Selain itu, jangkitan itu boleh menyebabkan kerugian kepada penternak seperti penurunan kadar pengeluaran susu, berat badan, keguguran dan kemandulan kepada lembu jantan

“Oleh itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) telah menjalankan program pengawasan bagi mengesan, mengawal dan mencegah penularan penyakit LSD pada ternakan lembu di seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan ke stok bekalan ikan di Pasar Nelayan Pulau Gajah di sini hari ini.

Che Abdullah memberitahu, JPV juga telah mengetatkan syarat import lembu hidup daripada luar negara dalam usaha membendung penularan LSD.

Katanya, kawalan di pintu masuk sempadan negara di turut diperketatkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis).

“Kita akan mengambil tindakan terhadap individu yang menjual lembu import yang menunjukkan gejala penyakit LSD di stesen kuarantin.

“JPV turut memohon kerjasama pemain industri termasuk pengimport, peraih dan penternak lembu supaya segera menghubungi pihak berkenaan sekiranya mengesyaki ternakan lembu di dalam jagaan atau kandang menunjukkan gejala penyakit LSD,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI