fbpx

JPV nafi ada kes jangkitan LSD ke atas manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) menafikan ada kes Lumpy Skin Disease (LSV) atau penyakit kulit kental yang sudah menjangkiti manusia daripada haiwan ruminan.

Menerusi kenyataan akhbarnya di sini hari ini, agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan itu memaklumkan bahawa LSD tidak bersifat zoonotik terhadap manusia.

“Ia tidak pun boleh menjangkiti manusia. Justeru JPV menafikan gambar melalui media sosial yang tular konon ada individu dengan gejala di bawah mata disebabkan oleh LSD,” katanya.

Pada masa sama, ia mengesahkan bahawa berita yang tular disebarkan menyeru masyarakat agar mengelak membeli daging segar dijangkiti penyakit lembu di Perak adalah tidak benar.

Ia dipercayai susulan laporan media tempatan mengenai 42 ekor lembu import dari Thailand dijangkit LSD ketika dikurung di stesen kuarantin Bukit Kayu Hitam, Kedah pada 26 April lalu.

Ekoran perkembangan ini, JPV Kelantan bekerjasama dengan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) memantau kemasukan lembu asing di sempadan negeri itu.

Mengulas lanjut, kenyataan ibu pejabat JPV itu memaklumkan pihaknya sudah mengaktifkan program survelan bagi mengesan, mengawal dan mencegah penularan LSD seluruh negara.

“Setakat ini, sebanyak 81,252 ekor lembu meliputi 9,108 premis ternakan telah diperiksa dan cuma 89 ekor atau 0.1 peratus daripada keseluruhan itu ada gejala jangkitan LSD,” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI