fbpx

Bayi tunjuk isyarat ‘bagus’, Elly Mazlein syukur kandungan sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELLY MAZLEIN berkongsi gambar sonogram 'aksi' comel bayi dalam kandungannya.

PETALING JAYA – Selebriti verstail Elly Mazlein meluahkan kesyukuran kerana diri dan anak dalam kandungannya berada dalam keadaan sihat.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom berkongsi kegembiraan tersebut bersama peminatnya.

Namun, apa yang menarik perhatian apabila Elly turut berkongsi sekeping foto sonogram yang memaparkan imej bayi dalam kandungannya seolah-olah mengangkat ibu jari seperti memberi isyarat ‘bagus’.

“Baby cakap, cantikkkkk dikk. Tengok tu ibu jari dia. Mama geram. Syukur alhamdullilah baby sihat dan mama pun sihat. Doakan Kepom (gelaran dirinya) dan bayi selamat ya kesayangan,” tulisnya.

Penyanyi lagu Dusta Cinta itu pada masa yang sama turut mendoakan pasangan lain yang masih berusaha untuk mendapatkan zuriat agar dipermudahkan urusan, terus berusaha dan berdoa kepadaNya.

“Kak Kepom pun doakan anda yang sedang usaha untuk mendapatkan zuriat terus kekal usaha, dia dan tawakal ya. Kesihatan pun kena jaga juga. Senaman kena buat, jaga makan, ambil ubat yang sesuai ya.

“Insya-Allah, Allah SWT susun cantik buat kita semua. Cuma cepat dan lambat sahaja. Bersangka baik selalu,” kata Elly.

Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat tampil mengusik Elly dan bayinya dan turut mendoakan agar kesihatan mereka berdua dalam keadaan baik sehinggalah hari melahirkan kelak.

Terdahulu, Elly mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Muhammad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari tahun lalu.

Pelakon drama Kampung People ini pernah berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta pada tahun 2014 sebelum bercerai pada tahun 2015.

Hasil perkongsian hidup itu, Elly dan Hatta dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI