fbpx

Kontrak Hafizh akan dinilai Ogos ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZH bersama pengurusnya, Razmin (kanan) bakal berbincang mengenai kontrak pelumba negara itu bersama pasukan NTS RW Racing GP pada Ogos depan.

PENGURUS kepada pelumba sensasi negara, Razmin Masli Abdul Razak mendedahkan masa depan mengenai hala tuju Hafizh Syahrin Abdullah pada saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) akan dibincangkan pada Ogos depan.

Menurut Razmin, pihak NTS dan RW Racing GP dilaporkan gembira dengan prestasi Hafizh apabila mempamerkan peningkatan cukup baik selepas enam pusingan dalam kelas Moto2.

Hafizh yang diberi jolokan ‘el Pescao’ itu berjaya menamatkan saingan di kedudukan kesembilan pada saingan Grand Prix (GP) Itali di Litar Mugello, Ahad lalu meskipun memulakan saingan di petak ke-20.

“Sebenarnya, kontrak Hafizh dengan pasukan NTS RW Racing GP akan tamat pada akhir musim ini. Namun mereka ada pilihan untuk melanjutkan kontrak sekiranya mereka ingin meneruskan khidmat Hafizh tahun depan.

“Saya menerima maklum balas positif daripada pasukan NTS RW Racing. Mereka menghubungi saya dan gembira dengan apa yang dipamerkan Hafizh ketika ini selepas memberi tentangan hebat ketika bersaing memburu tempat ke-10 terbaik di Mugello.

“Bagaimanapun, soal kontrak akan mula dibincangkan pada Ogos nanti. Ketika itulah Hafizh boleh melakukan perbincangan selanjutnya dengan pasukan tersebut.

“Namun, saya juga tidak fokus pada satu pasukan, malah kita masih terbuka jika Hafizh mene­rima tawaran pasukan lain. Pada ketika itu, kita akan nilai semula dari semasa ke semasa untuk memastikan Hafizh kekal ber­saing dalam MotoGP,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Hafizh merupakan satu-satunya pelumba Malaysia bersaing dalam saingan kelas Moto2 dan pelumba berusia 27 tahun tersebut kini mengutip lapan mata keseluruhan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI