fbpx

Boost tawar ganjaran tambahan buat penerima eBelia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Melalui Boost, pelajar boleh mengakses lebih daripada 242,000 peniaga dalam dan luar talian di seluruh negara, termasuk peniaga di 58 kampus kolej dan universiti.

PETALING JAYA – Pelajar Malaysia yang layak menuntut kredit eBelia sebanyak RM150 seorang daripada kerajaan bermula 1 Jun ditawarkan pelbagai ganjaran menarik sekiranya mereka menebusnya menerusi e-dompet Boost.

Ketua Pegawai Eksekutif Boost, Mohd. Khairil Abdullah berkata, melalui Boost, pelajar boleh mengakses lebih daripada 242,000 peniaga dalam dan luar talian di seluruh negara, termasuk peniaga di 58 kampus kolej dan universiti.

Menurut beliau, syarikat menawarkan ganjaran tambahan bernilai sehingga RM300 yang boleh ditebus dari rakan niaga Boost seperti Watsons, KFC, Zalora, Fave, Tealive, Starbucks, Celcom, Yoodo, Digi, Great Eastern, BuyMall, Youbeli, Hermo dan Mydin.

Ia diberi berasaskan siapa cepat dia dapat.

“Boost turut bekerjasama dengan syarikat sekutu, Aspirasi, untuk memperkenalkan program rujukan yang dikenali sebagai Kongsi Klub yang membolehkan pelajar menjana pendapatan dengan membantu perusahaan mikro dan kecil memperoleh pembiayaan kos rendah bernilai sehingga RM100,000 melalui Aspirasi Capital. 

“Pelajar yang berjaya membantu perusahaan mendaftar untuk Aspirasi Capital akan menerima 1.5 peratus pembiayaan keseluruhan atau ganjaran tunai sehingga RM1,500 untuk setiap rujukan.

“Boost akan memberi insentif berbentuk kredit e-dompet RM20 secara automatik kepada pengguna eBelia yang mendaftar untuk Kongsi Klub,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Selain itu, Mohd. Khairil menjelaskan, penerima eBelia yang berjaya mendapat peluang untuk memenangi koin emas komemoratif bernilai RM29,000 (berdasarkan harga emas semasa) dan produk gaya hidup lain bernilai lebih daripada RM50,000 melalui BoostUP Pick & Win.

Tambah beliau, insentif eBelia diperkenalkan pada tempoh yang mencabar dan boleh memainkan peranan penting untuk mengurangkan beban perbelanjaan sara hidup golongan pelajar. 

“Ia juga berpotensi merancakkan perbelanjaan domestik serta menjana semula perniagaan tempatan, khususnya perusahaan kecil dan pada masa yang sama, menggalakkan belia menyumbang kepada pembangunan ekonomi digital dan tanpa tunai,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI