fbpx

Brad Pitt dapat hak jagaan anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRAD PITT bersama Angelina Jolie dan anak-anak ketika mereka masih bergelar suami isteri.

PELAKON Brad Pitt akhirnya menang kes tuntutan hak penjagaan bersama anak dengan bekas isterinya iaitu aktres, Angelina Jolie selepas lima tahun turun naik mahkamah.

Dalam keputusan mahkamah, hakim John Ouderkirk mengarahkan Pitt untuk meluangkan masa bersama lima anaknya yang masih bawah usia 18 tahun iaitu Pax, 17, Zahara, 16, Shiloh, 14, dan pasangan kembar, Vivienne dan Knox, 12.

Namun, anak sulung pasangan itu, Maddox yang kini berusia 19 tahun tidak tertakluk bawah jagaan mana-mana pihak kerana mengambil kira usianya yang sudah menginjak dewasa.

Pasangan itu sering berbalah tentang hak penjagaan anak apabila mereka berpisah.

Keenam-enam anak mereka sebelum ini dijaga Jolie sejak mereka bercerai pada 2016.

Bagaimanapun, Jolie yang tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah itu dikatakan bakal memfailkan satu lagi tuntutan untuk membantah kata putus mahkamah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI