fbpx

Perintah berkurung di Guangzhou gara-gara 1 kes Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang petugas kesihatan dari Hospital Ortopedik Daerah Liwan menyemburkan pembasmi kuman pada rakannya. - Zumapress.com

GUANGZHOU, China – Pihak berkuasa di Bandar Guangzhou di selatan China telah mengarahkan perintah berkurung bersasar apabila terdapat satu kes baharu Covid-19 dikesan di wilayah itu, lapor akhbar New York Post, semalam.

Lima jalan di daerah Liwan yang terlibat dengan arahan itu telah diperintahkan untuk kekal di dalam rumah dengan hanya seorang bagi setiap isi rumah yang dibenarkan keluar untuk keperluan setiap hari, demikian menurut pihak berkuasa tempatan.

Pusat hiburan, sukan, pasar besar dan kemudahan jagaan kanak-kanak di kawasan sekitar juga diminta untuk menghentikan operasi buat sementara waktu sementara restoran pula hanya dibenarkan menawarkan pesanan bawa balik.

Guangzhou adalah antara bandar terbesar di China dengan populasi penduduk seramai 15 juta orang.

Setakat ini, hanya terdapat 20 jangkitan Covid-19 baharu minggu ini namun seorang pegawai tempatan mengatakan jangkitan ini dilihat merebak dengan cepat.

Perhimpunan besar-besaran telah dilarang sementara tempat-tempat awam tertutup terhad kepada kapasiti 75 peratus sepanjang perintah berkurung dikuatkuasakan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI