RITA RUDAINI

Rita Rudaini bidas dakwaan jadi antivaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Rita Rudaini bersuara membidas tohmahan seorang pengacara televisyen yang mendakwa dirinya sebagai seorang antivaksin dan kerap menyebarkan dakyah berkaitan perkara berkenaan. 

Menerusi hantaran Instagramnya, pelakon Mami Jarum Junior itu memuat naik tangkap layar ciapan pengacara terbabit yang menulis kononnya berjiran dengan dua orang pelakon antivaksin dengan huruf pangkal namanya RR dan LL.

“Cuba teka siapa jiran-jiran saya yang antivaksin? Dua pelakon bermula dengan huruf RR dan LL. Selalu sebar dakyah rebus bunga cengkih untuk elak Covid-19. Serta Covid-19 adalah iluminati,” ciap pengacara tersebut. 

Memberi respons terhadap tuduhan yang sedang tular dalam media sosial berkenaan, Rita meluahkan rasa kecewa dan mempersoalkan kewajaran tindakan pengacara wanita terbabit yang gemar bercakap belakang sedangkan mereka hidup berjiran. 

PENEGASAN Rita tentang dakwaan kononnya dia seorang antivaksin yang sedang tular ketika ini.

“Beginikah sikap seorang Muslimah, Muslim. Datanglah jumpa depan-depan. Bukannya tak pernah sembang pun kan. Saya lagi lama duduk kawasan ini berjiran dengan Scha Alyahaya, Awal dan Lufya.

“Tak pernah pula jumpa jiran macam ni. Elok je kita orang. Kalau tak puas hati, marilah sembang. Kita orang Islam kan berjiran. Apa masalah hang ni?” soalnya. 

Pelakon drama Mak Nak Peluk Boleh itu turut berkata, jika dia mengambil inisiatif merebus bunga cengkih sebagai salah satu ikhtiar membendung Covid-19 tidak menjadikan dirinya seorang antivaksin. 

“Saya pun tak pernah tulis saya antivaksin. Lepas tu? Saya nak rebus rumput ke, rebus tahi ke, itu saya punya pasal lah. Tak pernah kacau hidup orang pun. 

“Nampak sangat tak bijak. Pasal vaksin saja pun nak pandang serong kat orang. Islam pulak tu. Orang macam ni tak boleh dibuat jiran. Suka cakap belakang. Depan bukan main manis mulut. Belakang busuk juga ya,” tulisnya.

Sejak semalam, nama Rita menjadi bualan netizen dalam Twitter apabila ada pengguna memuat naik tangkap layar InstaStorynya memaparkan pelakon itu sedang merebus bunga cengkih. 

Malah, ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu turut bertindak menyiar semula beberapa hantaran yang seakan menguatkan dakwaan dirinya tidak percaya dengan vaksin Covid-19. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN