fbpx

Conte, Inter akhirnya berpisah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CONTE membuat keputusan meninggalkan San Siro ekoran beberapa keputusan yang dibuat oleh pemilik kelab itu termasuk mahu menjual ramai pemain mereka. – AFP

MILAN – Gara-gara bengang, ketua jurulatih Inter Milan, Antonio Conte mengambil keputusan drastik menamatkan kontraknya selepas seminggu menjulang gelaran Serie A pertama buat pasukan itu sejak 2010.

Faktor utama Conte, 51, membuat keputusan itu kerana didakwa berbeza pendapat dengan hierarki kelab ber­kenaan terutama pemilik Inter iaitu bilionair China, Zhang Jindong.

Beliau dikatakan tidak bersetuju dengan keputusan Inter untuk mengurangkan 20 peratus bayaran gaji dan mahu menjual ramai pemain bagi mendapatkan aliran tunai sebanyak £86.5 juta (RM505.8) pada jendela perpindahan bulan depan.

Penyerang Inter, Romelu Lukaku antara pemain terkesan dengan situasi tersebut memandangkan Conte adalah individu yang memainkan pe­ranan memujuknya berhijrah ke Itali menyertai The Nerazzurri dua tahun lalu.

“Kami mempunyai hubu­ngan yang erat sejak 2014 lagi tetapi tidak pernah mendapat peluang bekerja bersama. Akhirnya beliau (Conte) datang pada waktu tepat dan telah mengubah saya sepenuhnya sebagai seorang pemain.

“Saya sangat beruntung ke­rana mendapat peluang berada di bawah bimbingan beliau dan lebih manis bersama-sama memenangi kejuaraan ini (Serie A).

“Saya akan sentiasa meme­gang prinsip beliau dari segi persediaan fizikal dan mental serta keinginan tinggi untuk menang. Saya terhutang budi kepada beliau, terima kasih untuk segalanya,” kata Lukaku.

Difahamkan, pengerusi Tot­tenham Hotspur, Daniel Levy mahu menawarkan kontrak bernilai £17 juta (RM99.41 juta) setahun untuk memancing Conte sebagai pengurus baharu pasukan itu selepas ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.