fbpx

Sazlees Bridal terus bertahan hadapi tekanan pandemik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIE NABIKA (kanan) melayan pelanggan yang mahu membuat tempahan pakaian pengantin di butiknya di Taiping baru-baru ini.

TAIPING – Industri penyediaan perkhidmatan berkaitan perkahwinan antara bidang yang sangat terkesan akibat pandemik Co­vid-19 melanda negara sejak awal tahun lalu.

Ramai usahawan yang terpaksa gulung tikar.

Bagi butik Sazlees Bridal Gallery & Hair Saloon (Sazlees Bri­dal), ia masih mampu bertahan sehingga kini kerana usahanya mendapatkan pelbagai bantuan yang disediakan kerajaan.

Pengasas syarikat, Azie Nabika Mohd. Zaini berkata, Geran Khas Prihatin dan Program Subsidi Upah telah membolehkan syarikat yang berusia lebih daripada 25 tahun itu menggunakan peluang berkenaan untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan.

“Kelonggaran daripada kerajaan yang membenarkan kami mengoperasikan salun rambut telah dimanfaatkan sepenuh­nya dan ramai pelanggan datang berkunjung mengikut amalan prosedur standard yang ditetapkan,” katanya ketika ditemui di butiknya di sini baru-baru ini.

Azie Nabika menjelaskan, perkhidmatan seperti solekan, penyediaan pelamin dan pakaian pengantin tetap diteruskan bagi memenuhi keperluan pelanggan.

Tambah beliau, bersesuaian dengan persekitaran ekonomi semasa dan untuk meneruskan kelangsungan hidup, butiknya kini menawarkan harga per­khidmatan yang fleksibel bagi mengikut bajet pelanggan.

“Kita dalam dunia andaman pada masa sekarang, sudah tidak boleh terikat pada harga yang lama.

“Pelanggan sudah tidak mempunyai bajet yang besar seperti dulu.

“Suasana terkini juga tidak mengizinkan sebuah majlis perkahwinan yang besar besaran dilaksanakan”, katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI