fbpx

Masih ramai pelanggan tidak gunakan aplikasi MySejahtera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati masih ramai lagi pelanggan yang menggunakan buku rekod berbanding penggunaan aplikasi MySejahtera apabila memasuki premis perniagaan.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata, keadaan itu juga secara tidak langsung menimbulkan keraguan dalam kalangan pemilik premis berikutan maklumat penilaian risiko pelanggan diperlukan sebelum mereka dibenarkan masuk.

“Pemilik premis juga ada kebimbangan jika pelanggan terbabit tidak menggunakan MySejahtera, ia memberikan kesan kepada pelanggan lain dan pekerja mereka.

“Atas faktor inilah saya dapat lihat ada sesetengah premis perniagaan yang tidak membenarkan pelanggan masuk seandainya tidak menggunakan MySejahtera,” katanya pada sidang akhbar Operasi Had 2 Jam (OPS HAD2J) secara maya menerusi Facebook KPDNHEP hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI