fbpx

Kompleks Pentadbiran MDR ditutup dua hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

REMBAU – Kompleks Pentadbiran Majlis Daerah Rembau (MDR) ditutup selama dua hari bermula hari ini selepas salah seorang kakitangannya dikesan positif Covid-19, semalam.

Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Rembau (MDR), Mohamad Najib Mustafa berkata, penutupan berkenaan adalah bagi proses sanitasi dan penyusunan semula operasi.

Menurutnya, semua urusan kaunter secara bersemuka ditangguhkan untuk dua hari ini, namun MDR akan meneruskan pengoperasian secara digital.

“Bagi urusan tertentu, pelanggan dinasihatkan untuk membuat temujanji melalui email mengikut bahagian dan boleh merujuk Facebook Rasmi MDR.

“Semua permohonan pelan pemajuan hendaklah menggunakan sistem OSC 3 Plus https://osc3plus.kpkt.gov.my. Manakala, pembayaran bagi cukai taksiran am juga boleh dibuat di POSonline, CIMBClicks, BSN dan JomPay,” katanya ketika dihubungi, di sini, tadi.

Difahamkan susulan pengesanan satu kes berkenaan, 32 kakitangan telah dikenalpasti sebagai kontak rapat dan menjalani ujian calitan di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Rembau hari ini dan operasi di Kompleks Pentadbiran MDR akan di buka kembali Isnin ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI