fbpx

160 juta rakyat AS terima pelalian lengkap Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Biden menetapkan sasaran untuk memberikan imunisasi Covid-19 kepada 70 peratus rakyat AS menjelang 4 Julai ini. – AFP

WASHINGTON – White House menyatakan bahawa 50 peratus penduduk Amerika Syarikat (AS) telah menerima suntikan vaksinasi Covid-19 sepenuhnya setakat kelmarin, lapor akhbar New York Post.

“Hari ini (kelmarin), negara ini mencapai kadar 50 peratus rakyatnya menerima suntikan vaksin lengkap,” kata pegawai White House dalam satu kenyataan menerusi e-mel.

AS mempunyai kira-kira 332,915,073 penduduk.

Menurut data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), setakat pukul 12.30 tengah hari kelmarin (waktu tempatan), sebanyak 49.8 peratus rakyat negara itu yang berumur 18 tahun dan ke atas telah menerima suntikan vaksin Covid-19 lengkap.

Data yang sama turut menunjukkan sekurang-kurangnya 61.5 peratus penduduk negara itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Awal bulan ini, Presiden Joe Biden menetapkan sasaran untuk mencapai kadar vaksinasi sebanyak 70 peratus penduduk AS menjelang 4 Julai ini.

Pada Ahad lepas, AS melaporkan sebanyak 13,186 kes harian Covid-19, jauh lebih rendah berbanding 61,000 kes baharu yang dilaporkan pada hari sama bulan lepas, demikian menurut data CDC.

Sehingga kini, Biden telah mengatasi lebih dua kali ganda sasaran awal beliau untuk memberikan 100 juta suntikan vaksin Covid-19 dalam tempoh 100 hari pertama pentadbirannya.

Ini kerana setakat 21 April lepas, lebih 200 juta orang telah menerima pelalian Covid-19 di AS.

White House kini meningkatkan usaha untuk memastikan populasi AS selebihnya menerima suntikan Covid-19 susulan kebimbangan berhubung pelbagai jenis varian baharu yang menular ke seluruh negara.

Para pegawainya turut memberi fokus untuk meningkatkan kebolehcapaian kepada penerimaan vaksin dalam kalangan penduduk, memerangi penyebaran berita palsu dan membantu penduduk yang tidak mempunyai sumber untuk menerima vaksin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI