fbpx

Setengah jam padam kebakaran stor barangan runcit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang memadam kebakaran di sebuah stor barangan runcit di Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Tindakan pantas seorang warga emas yang memaklumkan kebakaran sebuah stor di rumah kedai kepada pemiliknya berjaya menyelamatkan deretan kedai lain termasuk beberapa rumah penduduk daripada hangus dalam kejadian di Jalan Sultan Yahya Petra di sini hari ini.

Saksi kejadian, Ong Soon Cheng, 79, berkata, dia yang baru menyewa di tingkat atas rumah kedai dua tingkat itu menyedari terdapat kebakaran pada stor penyimpanan barangan runcit kira-kira pukul 7 pagi tadi.

Katanya, sebelum kejadian, dia berada di dalam rumahnya dan sedang bersarapan seorang diri sebelum melihat api dari tingkat bawah.

“Saya lihat api marak sedang membakar barangan runcit di dalam stor sebelum terus bergegas keluar memaklumkan kejadian itu kepada pemiliknya, Ang Koh Hwa, 63 sebelum menghubungi pihak bomba,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Zukeri Shafei berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 7.52 pagi.

“Kita mengambil masa lapan minit untuk mengawal kebakaran dan berjaya menyelamatkan dua premis bersebelahan termasuk sebuah kedai pajak gadai. Siasatan awal mendapati, hanya 45 peratus bahagian stor itu terbakar,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI