fbpx

Sanggup berendam dalam kolah jiran elak dicekup AADK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang cuba melarikan diri berjaya ditahan anggota AADK dalam serbuan di RKT Kesedar Chalil, Gua Musang malam tadi.

GUA MUSANG – Seorang penagih dadah sanggup berendam di dalam kolah air dirumah jirannnya bagi mengelak ditangkap ketika rumahnya di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Chalil di sini diserbu malam tadi.

Bagaimanapun, lelaki berusia dalam lingkungan 30-an dipercayai berada di bawah pengaruh dadah itu berjaya ditahan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang mengejarnya kira-kira 100 meter sebelum ternampak kepalanya separuh tenggelam dalam kolah berkenaan.

Pengarah AADK Kelantan, Rohayu Ahmad berkata, sebelum itu, 10 anggota AADK menyerbu ke rumah lelaki terbabit dalam satu operasi khas bermula pukul 10 malam.

Katanya, ketika melakukan pemeriksaan di sebuah rumah, seorang lelaki dilihat telah melarikan diri sebaik menyedari kawasan terbabit diserbu AADK.

“Anggota AADK berjaya mengesannya yang bersembunyi dalam kolah yang dipenuhi air sebelum berjaya menangkapnya.

“Lelaki itu kemudiannya dibawa ke pejabat AADK Gua Musang untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Rohayu, operasi sehingga pukul 3 pagi itu diketuai Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK negeri, Zainal Abidin Mamat dan seramai lima orang penagih telah berjaya ditahan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI