fbpx

MMC untung RM221 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – MMC Corporation Bhd.  (MMC) mencatat kenaikan sebanyak 92 peratus dalam keuntungan sebelum zakat dan cukai (PBZT) kepada RM221 juta berbanding RM115 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2020.

Peningkatan ini disumbangkan daripada pertambahan volum yang dikendalikan oleh Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan Northport (Malaysia) Bhd (Northport), menjana hasil daripada subpajakan tanah di PTP dan kos kewangan yang rendah. 

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Che Khalib Mohamad Noh, pertumbuhan volum yang kukuh daripada PTP dan Northport adalah penyumbang utama kepada perolehan Kumpulan iaitu sebanyak RM1.14 bilion berbanding  RM1.09 bilion dalam tempoh yang sama berakhir 31 Mac 2020.

Bagaimanapun, pertumbuhan perolehan Kumpulan sebahagiannya diimbangi daripada progres kerja yang rendah daripada projek Transit Aliran Massa (MRT) Jajaran Sungai Buloh  Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (KVMRT-SSP Line).

Ia juga turut disumbangkan daripada faktor pengurangan penumpang dan jumlah kargo di Senai Airport Terminal Services Sdn Bhd (Senai International Airport) dan penyusutan jumlah volum yang dikendalikan di Penang Port Sdn Bhd (Penang Port).

“Sektor pelabuhan dan logistik mencatat perolehan sebanyak  RM904 juta, naik 12.9 peratus berbanding RM801 juta yang dicatat dalam suku sebelumnya.

“Ia disumbangkan oleh pertumbuhan kukuh dari PTP dan Northport, bagaimanapun terhalang daripada pengurangan volum yang rendah di Penang Port,” katanya.

Selain itu, bahagian tenaga dan utiliti mencatat PBZT sebanyak RM34 juta berbanding RM42 juta tempoh kewangan yang sama sebelum ini.

Mengulas mengenai hala tuju Kumpulan, Che Khalib menjelaskan, pihaknya akan terus mengutamakan aspek keselamatan dan kesihatan semua pemegang sahamnya.

Selain memperkukuhkan langkah pencegahan dan memastikan gangguan yang minimum terhadap operasi perniagaan Kumpulan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI