fbpx

Kereta lawan arus ‘berjemaah’ di Pulau Pinang disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan beberapa kenderaan membuat pusingan U dan dipandu melawan arus di George Town, tular hari ini.

GEORGE TOWN – Polis menjalankan siasatan berhubung satu video tular di media sosial hari ini yang memaparkan beberapa kenderaan membuat pusingan U dan melawan arus di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu di Jelutong di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, siasatan itu dijalankan bagi mengenal pasti tarikh dan masa kejadian serta pemandu-pemandu yang terlibat.

“Polis meminta pihak yang merakam video tersebut atau orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil bagi membantu siasatan.

“Pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan melanggar peraturan lalu lintas yang boleh membahayakan nyawa orang lain boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Soffian berkata, pihaknya turut menasihati pengguna jalan raya agar bertolak ansur dan bersabar jika terperangkap di dalam kesesakan jalan raya serta tidak mengambil tindakan yang boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain.

Sementara itu, video berdurasi kira-kira dua minit berkenaan memparkan beberapa kenderaan yang terperangkap di dalam kesesakan jalan raya membuat pusingan U dan melawan arus di satu susur.

Rakaman itu dipercayai dibuat oleh individu dari sebuah pangsapuri berdekatan lebuh raya itu.

Dianggarkan kira-kira 30 buah kenderaan melakukan tindakan itu secara ‘berjemaah’ dipercayai bagi mengelak kesesakan kerana sekatan jalan raya yang diadakan berdekatan Jambatan Pulau Pinang.

Beberapa penunggang motosikal turut dilihat cuba mengelak daripada bertembung dengan kenderaan-kenderaan terbabit. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI