fbpx

Arab Saudi gesa rakyat ambil dos kedua vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENTERI Kesihatan Arab Saudi, Tawfiq al-Rabiah menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19 Pfizer pada Januari lepas. – AFP

RIYADH, ARAB SAUDI – Kementerian Kesihatan Arab Saudi menggesa rakyat negara berkenaan supaya  tidak teragak-agak untuk mendapatkan dos kedua vaksin Covid-19 , lapor akhbar Arab News semalam.

Ini kerana dos tunggal vaksin tidak mampu menyediakan imuniti yang mencukupi bagi melindungi seseorang daripada wabak koronavirus.

Kenyataan kementerian itu dikeluarkan selepas timbul pertanyaan mengenai kepentingan untuk menerima suntikan kedua vaksin koronavirus yang disuarakan oleh penduduk Arab Saudi.

“Terdapat empat vaksin yang diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi setakat ini iaitu vaksin AstraZeneca, Pfizer, Johnson & Johnson dan Moderna.

“Jika terdapat vaksin lain yang diluluskan, kementerian akan mengumumkannya menerusi saluran rasmi,” demikian menurut kenyataan kementerian kesihatan.

Sementara itu, menurut beberapa  kajian dan cadangan, wanita hamil diumumkan selamat untuk menerima suntikan vaksin Covid-19, justeru tiada keperluan bagi rakyat negara itu untuk menangguhkan kehamilan.

“Vaksin tidak mendatangkan risiko terhadap proses penyusuan bayi kerana manfaatnya adalah lebih baik berbanding risikonya,” ujar  kementerian tersebut.

Selain itu, kementerian sama turut mengingatkan rakyat Arab Saudi agar memberikan tempoh selama 14 hari daripada hari menerima suntikan vaksin Covid-19 kali pertama sebelum mengambil suntikan  lain. – AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI