fbpx

Bekalan gas perubatan oksigen mencukupi – Adham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adham

PUTRAJAYA – Bekalan gas perubatan oksigen masih mencukupi walaupun penggunaannya meningkat secara mendadak berikutan peningkatan kes Covid-19 yang tinggi ketika ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, pada masa ini, pengurusan sistem gas perubatan oksigen di fasiliti kesihatan menggunakan tangki VIE (vacuum insulated evaporator) dan portable cylinder.

Menurutnya, pembekalan cecair oksigen untuk tangki VIE adalah mencukupi dan pihak pembekal mempunyai kemampuan untuk menghasilkan bekalan cecair oksigen lima kali ganda daripada permintaan sedia ada.

Pada masa sama, katanya, bilangan portable cylinder juga masih mempunyai 20,000 unit dalam simpanan dan boleh digunakan pada bila-bila masa apabila diperlukan.

“Sekiranya berlaku kes-kes kecemasan atau luar jangka, pihak pembekal masih mempunyai sebanyak 500,000 unit portable cylinder gas industri yang boleh diubah suai dalam tempoh singkat mengikut piawaian untuk kegunaan gas perubatan oksigen,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Adham berkata, pengurusan sistem gas perubatan oksigen di Malaysia amnya dan di fasiliti kesihatan khususnya adalah mematuhi Malaysian Standard (MS2675:2017 dan MS2542:2013) serta piawaian antarabangsa yang berkaitan serta dikendalikan oleh kakitangan yang kompeten.

“Pembekalan gas perubatan oksigen ke fasiliti-fasiliti kesihatan adalah secara berkala mengikut jadual yang telah ditetapkan serta pihak pembekal berkemampuan untuk memenuhi permintaan pembekalan di luar jangka.

Katanya, KKM sentiasa berterusan memantau pengurusan sistem gas perubatan di fasiliti kesihatan supaya tidak menjejaskan pengoperasian klinikal di fasiliti kesihatan.

“Pihak KKM juga dari semasa ke semasa mengadakan sesi libat urus bersama pihak pembekal dalam menangani isu pertambahan keperluan bekalan gas perubatan oksigen,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI