fbpx

Ziarah raya punca jangkitan Covid-19 di Kepulauan Tumpat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk dari empat lokaliti Kepulauan Tumpat menjalani ujian saringan Covid-19 di Sekolah Kebangsaan Pulau Beluru, Tumpat hari ini. - ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Penularan jangkitan Covid-19 di kawasan Kepulauan Tumpat, Mukim Sungai Pinang di sini dipercayai berpunca daripada aktiviti kunjung-mengunjung ketika Hari Raya Aidilfitri.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, ia susulan tindakan seorang wanita berusia 30-an pulang ke Kampung Teluk Renjuna dipercayai untuk menyambut 1 Syawal baru-baru ini.

“Wanita berkenaan merupakan kontak rapat kepada pesakit positif Covid-19 di Mukim Bunut Susu, Pasir Mas. Pada sama, ada ahli keluarga yang tinggal serumah dengannya, namun faktor lain masih dalam pengesahan.

“Kemungkinan untuk wanita terbabit berkunjung ke tempat lain atau orang lain berkunjung ke rumahnya itu ada. Tidak boleh hanya kata dia sahaja yang bergerak,” katanya.

Dr. Zaini memberitahu, JKNK menerima maklumat berhubung ketiadaannya di dalam kawasan Mukim Bunut Susu dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pasir Mas pada 11 Mei.

Katanya, bagaimanapun wanita berkenaan disahkan positif Covid-19 dua hari kemudian.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di kawasan Kepulauan Tumpat bermula tengah malam ini hingga 4 Jun.

Ia m melibatkan empat lokaliti iaitu Teluk Renjuna, Pantai Nik Haji Nik Mat, Pulau Beluru dan Pantai Suri.

Sebanyak 22 kes Covid-19 direkodkan hasil daripada 80 ujian saringan melibatkan kesemua lokaliti berkenaan dengan Teluk Renjuna dilapor terdapat 11 kes positif, Pantai Haji Nik Mat (6), Pulau Beluru (4) dan Pulau Suri (1) setakat semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI