fbpx

‘Tentera bawang’ serang FB Dior

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELLA HADID

PETALING JAYA – Laman Facebook jenama fesyen mewah dari Perancis, Dior diserang netizen susulan dakwaan jenama itu yang dikatakan menamatkan kontrak model terkenal, Bella Hadid selepas dia lantang menyuarakan sokongan terhadap Palestin.

Desas-desus mengenai penamatan kontrak itu mula tersebar di laman sosial sejak dua hari lalu dan mengundang kemarahan orang ramai termasuk netizen Malaysia.

Tinjauan Kosmo! di laman Facebook Dior mendapati, ‘tentera bawang’ Malaysia berkongsi frasa ‘Mak Kau Hijau’ pada ruangan komen di setiap hantaran Facebook jenama berkenaan.

Tangkap layar antara ‘serangan’ netizen terhadap Dior di ruang komen Facebook.

Salah seorang netizen, Daus Aab meninggalkan komen “#BoycottDior walaupun memang tak mampu beli” pada ruangan komen di salah satu hantaran sebagai tanda protes.

Manakala seorang lagi netizen, Jiehajiemi turut berkongsi komen “Dior #Koyak. Your mom is green” di salah satu hantaran di Facebook itu.

Selain itu, netizen turut meninggalkan komen sokongan mereka terhadap model terkenal itu.

Terdahulu, khabar angin mengenai penamatan kontrak itu mula mendapat perhatian ramai melalui satu ciapan oleh seorang pengguna Twitter.

Ciapan itu mendakwa Bella Hadid disenyapkan, serta kerjasama-kerjasama dengan jenama mewah ditamatkan termasuk dari Dior dan alamat kediaman keluarganya didedahkan kepada umum hanya kerana dia menyertai protes untuk Palestin.

Biarpun diserang di semua platform media sosial, sehingga kini Dior masih mendiamkan diri dan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung dakwaan tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI