fbpx

Serangan penyakit jantung punca lelaki maut di IPD Gombak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Kematian seorang lelaki yang mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah (ugutan) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak semalam disebabkan serangan jantung.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, perkara itu disahkan hasil bedah siasat oleh pakar perunding kanan forensik Hospital Kuala Lumpur (HK) di Institut Perubatan Forensik Negara HKL.

Katanya, bedah siasat dilakukan di antara pukul 9.30 pagi hingga 1.30 tengah hari ini.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan oleh Acute Myocardial Infraction yang membawa maksud serangan jantung.

“Pemeriksaan ke atas tubuh badan lelaki itu juga telah dilakukan dengan disaksikan oleh waris dan ahli keluarga dengan mendapati tiada sebarang kecederaan fizikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, keluarga lelaki juga telah dimaklumkan tentang punca kematian oleh pihak hospital.

Jelas Arjunaidi, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Kertas siasatan akan dilengkapkan sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dengan cadangan agar satu prosiding inkues berkaitan kematian ini dapati dijalankan,” katanya.

Terdahulu, Arjunadi dalam sidang akhbar secara dalam maya hari ini memaklumkan lelaki yang maut selepas mengalami sesak nafas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak bukan ditahan untuk tujuan siasatan sebaliknya menyelesaikan waran tangkap dikeluarkan mahkamah kepadanya.

Tambahnya, siasatan terhadap lelaki berusia 43 tahun tersebut telah selesai pada tahun 2016. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI