fbpx

PKPD: Tiada pembelian panik di Ipoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Pengalaman berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini menyebabkan penduduk di sini lebih bersedia dan tidak panik apabila pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula tengah malam ini.

Aktiviti jual beli juga berjalan lancar tanpa situasi pembelian panik sebaliknya membuat pembelian mengikut keperluan sahaja.

Petugas swasta, Shaarani Ismail, 43 berkata, dia hanya membeli barang-barang keperluan asas sahaja bagi mencukupkan bekalan sedia ada di rumahnya.

“Saya lebih suka membeli barang mentah seperti ayam dan ikan secara atas talian kerana lebih mudah dan dijamin segar.

“Dalam situasi ini ada kedai-kedai yang membuat penghantaran terus ke rumah,” katanya ketika ditemui di sebuah pasaraya di sini, hari ini.

Bagi suri rumah, Qamarina Asyiqin Mohd Samsol Rizal, 23 tahun, stok barangan di pasaraya dan kedai-kedai runcit di sini masih mencukupi kerana segala keperluannya masih tersedia.

“Saya tidak melakukan pembelian panik hari ini yakin stok barang makanan tetap ada walaupun PKPD akan berkuatkuasa esok.

“Selain itu ada peniaga menjual secara atas talian, jadi saya rasa tidak perlu melakukan pembelian secara panik,” katanya.

Semalam Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan pelaksanaaan PKPD di empat mukim di Perak iaitu Mukim Pengkalan Hulu, Mukim Taiping, Mukim Hulu Kinta dan Mukim Hulu Bernam Timur bermula pukul 12.01 tengah malam ini sehingga 4 Jun 2021. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI