fbpx

Bukan tahan untuk siasatan tetapi selesaikan waran tangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Seorang lelaki yang maut selepas mengalami sesak nafas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak bukan ditahan untuk tujuan siasatan sebaliknya menyelesaikan waran tangkap dikeluarkan mahkamah kepadanya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan terhadap lelaki berusia 43 tahun tersebut telah selesai pada tahun 2016.

“Lelaki itu berjaya dikesan pukul 11.20 pagi di sebuah kilang di Selayang dengan dia telah memberikan kerjasama dan bersetuju ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk dokumentasi serta proses seterusnya berkaitan waran tangkap itu.

“Dia juga tidak digari sepanjang perjalanan ke IPD tersebut kerana memberikan kerjasama dan mengalami sesak nafas sebaik tiba di IPD itu pukul 11.40 pagi.

“Kita bawa ke IPD bukan tujuan siasatan sebaliknya hendak selesaikan waran tangkap itu seterusnya memberikan jaminan polis untuk dia hadir ke mahkamah. Siasatan telah selesai 2016,” katanya pada sidang akhbar secara maya hari ini.

Kata beliau, sejurus kemudian polis telah menghubungi Hospital Selayang untuk bantuan kecemasan namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Tambahnya, bedah siasat akan dijalankan terhadap lelaki itu di Hospital Selayang dalam mengenal pasti penyebab kematian.

“Hasil siasatan awal mendapati lelaki itu mempunyai penyakit sejarah penyakit sakit jantung dan sesak nafas.

“Walau bagaimanapun, siasatan akan diteruskan dengan menunggu laporan bedah siasat sebelum diserahkan kepada pihak koroner untuk dijalankan inkues. Itu adalah prosedur,” jelasnya.

Kosmo! Online terdahulu melaporkan seorang tahanan lelaki yang mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah (ugutan) meninggal dunia akibat sesak nafas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, semalam. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI