fbpx

SICA tangani isu sosial dan alam sekitar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Syarikat pemula, perusahaan sosial dan inovator di negara ini dijemput  menyertai Cabaran Pemecut Impak Sosial (SICA), anjuran Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC).

Menerusi SICA, perusahaan akan menerima sumber dan sokongan yang tersusun untuk meningkatkan ambilan pasaran bagi penyelesaian  dalam menangani cabaran sosial dan/atau alam sekitar.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MaGIC, Amiruddin Abdul Shukor berkata, pihaknya menyeru perusahaan dan perniagaan untuk menghantar penyelesaian mereka dalam menangani masalah yang dipilih. 

“SICA adalah platform yang mengumpulkan inovator berpotensi tinggi untuk mempercepat pembangunan model impak mereka untuk pasaran yang lebih besar.

“MaGIC berbesar hati dapat bekerjasama dengan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dalam mengemudi pemecut berfokuskan impak dan berpandukan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) pertama kami,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Peserta SICA yang berprestasi tinggi bakal menerima akses sokongan termasuk dana, rangkaian dan bimbingan serta peluang memanfaatkan perolehan kerajaan melalui Program Perolehan Impak Sosial Kerajaan (PPISK).

SICA menampilkan tiga cabaran impak unik menerusi penglibatan rakan kerjasama iaitu Meningkatkan Perkhidmatan untuk Golongan Tua oleh Khazanah Nasional Bhd.; Kitar Semula Sisa Sungai Kepada Kekayaan oleh Selangor Maritime Gateway dan Mendidik Masa Depan oleh Citrine Capital.

Amiruddin menjelaskan, pernyataan masalah yang dipilih bukanlah perkara baharu namun ia sehingga kini mendesak masyarakat.

“Kami berharap dapat menghubungkan penyelesaian inovatif dengan rakan kongsi dalam menangani pernyataan masalah mereka dan pada masa yang sama, meningkatkan penggunaan pasaran bagi produk dan/atau perkhidmatan ditawarkan,” katanya.

 

POPULAR