fbpx

Malaysia duduki tangga kelima jangkitan harian tertinggi Covid-19 di Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Malaysia menduduki tangga kelima tertinggi bagi jumlah jangkitan harian Covid-19 di Asia selepas merekodkan lebih 6,000 kes semalam. -Xinhua News

WASHINGTON – Sejumlah 650,507 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam lalu, manakala jumlah kematian pula ialah sebanyak 12,791 kes, demikian menurut laporan data antarabangsa Worldometer semalam.

Data terbaharu itu menunjukkan India merekodkan jumlah jangkitan harian terbesar dengan 276,261 kes, diikuti Brazil dengan 79,706 kes dan Amerika Syarikat dengan 28,541.

Sementara itu, Malaysia menduduki tangga kelima tertinggi bagi jumlah jangkitan harian Covid-19 di Asia selepas merekodkan sebanyak 6,075 kes semalam.

Negara dengan jumlah jangkitan tertinggi di Asia pula adalah India dengan 276,261 kes, diikuti Iran dengan 12,789 kes, Turki dengan 11,553 kes, Nepal dengan 8,064 kes dan Malaysia.

Bagi kadar jangkitan harian di seluruh dunia pula, Malaysia berada pada kedudukan ke-13. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI