fbpx

Afrika rugi lebih RM15 trilion akibat spesies asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Spesies bukan asal terdiri daripada rumpai, serangga atau cacing mengakibatkan impak buruk ke atas sektor pertanian. -SciDev.net

PARIS – Spesies penceroboh yang diperkenalkan melalui aktiviti manusia mengakibatkan sektor pertanian Afrika rugi sekitar AS$3.66 trilion (RM15.16 trilion) setahun atau 1.5 kali ganda keluaran dalam negara kasar (KDNK) semua negara di Benua Afrika, demikian menurut kajian baharu semalam.

Spesies bukan asal terdiri daripada rumpai, serangga atau cacing mengakibatkan impak buruk ke atas sektor pertanian manakala satu spesies serangga sahaja boleh menjejaskan hasil tuaian tanaman ruji di serata Afrika. 

Kini pasukan penyelidik berpangkalan di Ghana, Kenya, Britain dan  Switzerland berusaha menganggarkan kerugian ekonomi disebabkan oleh spesies penceroboh di Afrika pada setiap tahun.

Seterusnya, mereka melakukan kaji selidik terhadap lebih 1,000 pemegang kepentingan dalam sektor pertanian Afrika termasuk petani, penyelidik dan institusi kerajaan untuk mengenal pasti jumlah kerugian berpunca daripada spesies penceroboh.

Responden diminta membuat anggaran kehilangan tanaman disebabkan spesies penceroboh dan kerugian yang ditanggung.

Pasukan penyelidik berkenaan mendapati spesies penceroboh menyebabkan purata kerugian AS$74.3 bilion (RM307.7 bilion) setahun kepada 54 negara di Afrika.

Bagaimanapun, terdapat perbezaan ketara antara negara yang terlibat dengan Nigeria paling teruk terjejas. Negara Afrika itu mencatat kerugian berjumlah AS$1 trilion (RM4.1 trilion) setahun. Ia diikuti Republik Demokratik Congo dengan kerugian AS$317 bilion (RM1.3 trilion) setahun.

Secara keseluruhan, kerugian ekonomi berpunca daripada spesies penceroboh didapati melepasi GDP 27 daripada 49 negara yang terlibat dalam kajian itu. Penyelidikan tersebut disiarkan dalam jurnal CABI Agriculture and Bioscience.

Spesies yang menyebabkan kerosakan paling besar terhadap tanaman ialah kupu-kupu dikenali sebagai Phthorimaea absoluta. Serangga itu menyerang pokok tomato dan menyebabkan kerugian AS$11.4 bilion (RM47.2 bilion) setahun.

Serangga lain dianggarkan menyebabkan kerugian tahunan mencecah AS$21.5 bilion (RM89 bilion) terhadap tanaman seperti jagung, ubi, mangga dan buah citrus. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI