fbpx

Tiada ‘total lockdown’ di Selangor – Dzulkefly

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerajaan Selangor tidak akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan penuh atau ‘total lockdown’ dalam tempoh terdekat kerana kes di negeri itu masih lagi terkawal.

Bagaimanapun Pengerusi Selangor Task Force Covid-19, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ia bergantung kepada keputusan Majlis Keselamatan Negara dan Kerajaan Pusat selepas ini.

Menurut beliau, berdasarkan statistik semasa, jumlah kes di negeri ini tidaklah ‘parah’ berbanding negeri lain.

“Selangor tidak boleh dikatakan negeri paling parah menerima jangkitan Covid-19 kerana jumlah penduduk yang ramai dan kepesatan industri berbanding negeri lain.

“Isi rumah di Selangor 1.9 juta , 3.59 juta tenaga buruh dan 3.4 juta pekerja di negeri ini (termasuk rakyat negeri lain bekerja di sini). Di sini kita boleh lihat kepadatan penduduk di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar secara Facebook Live di sini hari ini yang turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI