fbpx

Pintasan Serendah perkukuh daya saing pengangkutan rel kargo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pintasan Serendah bakal mengurangkan kesesakan laluan kereta api KL dan juga dapat meningkatkan kecekapan pengendalian perkhidmatan KTM Kargo untuk jangka masa panjang. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pembinaan laluan pintasan kereta api Se­rendah ke Pelabuhan Klang yang dikenali Pintasan Serendah dilihat dapat memperkukuhkan daya saing pengangkutan rel kargo ke Pelabuhan Klang.

Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) berkata, melalui Pintasan Serendah, ia akan memberi manfaat besar kepada peningkatan kecekapan pengendalian perkhidmatan KTM Kargo dengan sasaran pengen­dalian 500,000 TEU kargo setahun.

“Perkhidmatan ETS dan KTM Komuter di Lembah Klang akan mempunyai lebihan kapasiti susulan peralihan pengangkutan rel kargo menggunakan Pintasan Serendah.

“Ia juga akan membolehkan KTMB meningkatkan kekerapan perkhidmatan ETS dan KTM Komuter sesuai dengan permintaan.

“Kekerapan perkhidmatan KTM Komuter pada waktu puncak kini adalah setiap 15 minit dan ia boleh dipendekkan kepada setiap 7.5 minit selepas ­siapnya Projek Pintasan Serendah dan kerja-kerja menaik taraf landasan di Lembah Klang menje­lang tahun 2030,” katanya dalam ­kenyataan di sini semalam.

KTMB menjelaskan, pembinaan pintasan tersebut adalah antara penyelesaian alternatif strategik bagi isu ke­sesakan laluan kereta api Kuala Lumpur (KL).

Terang beliau, pergerakan kereta api penumpang dan kargo yang tertumpu di laluan utama bagi menghubungkan Pelabuhan Klang dan selatan tanah air te­lah menjadikan laluan antara KL Sentral dan Putra pa­ling sibuk dalam rangkaian perkhidmatan KTMB.

“Dengan pertambahan ketara bilangan perkhidmatan ETS dan KTM Komuter, isu kesesakan bottle­neck perkhidmatan rel KTMB di KL terus meruncing sehingga memaksa perkhidmatan KTM Kargo dihadkan di luar waktu puncak pagi dan petang.

“Ia menjadikan KTM Kargo kurang berdaya saing berban­ding mod pengangkutan jalan raya disebabkan fleksibiliti pergerakan kargo terhad dan masa perjalanan yang panjang,” ujar­nya.

Mengulas lanjut, KTMB ber­kata, taraf keselamatan orang awam terutamanya di KL Sentral juga dapat ditingkatkan apabila tiada lagi pergerakan kereta api kargo yang membawa komoditi bahan-bahan berbahaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI