fbpx

Bayi kembar di Kampung Pauh Lima positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

BACHOK – Bayi kembar berusia lima bulan antara 84 individu di Kampung Pauh Lima di sini yang disahkan positif Covid-19 selepas mereka menjalani ujian saringan kelmarin.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, kedua-dua bayi perempuan itu dijangkiti Covid-19 bersama sembilan lagi ahli keluarga lain termasuk ibu bapanya yang masing-masing berusia dalam lingkungan 30 tahun.

Katanya, seluruh ahli keluarga bayi itu kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

“Sehingga hari ini, kita sudah mempunyai 423 sampel ujian saringan Covid-19 penduduk Kampung Pauh Lima. Daripada jumlah itu, seramai 84 orang disahkan positif Covid-19 manakala keputusan selebihnya diperoleh selepas tiga hari lagi.

“Sehingga hari ini, kita sudah menjalankan baki ujian saringan terhadap 100 penduduk daripada lebih 1,000 di situ dengan 900 orang selesai semalam,” katanya ketika ditemui pemberita ketika melawat kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kampung Pauh Lima di sini hari ini.

Terdahulu, lokaliti Kampung Pauh Lima yang bersempadan dua daerah iaitu Bachok dan Kota Bharu dikenakan PKPD bermula hari ini hingga 1 Jun depan.

PKPD dilaksanakan di kawasan itu selepas 78 kes dilaporkan di kampung berkenaan sejak 7 Mei lalu.

Mengulas lanjut, Dr. Zaini berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan untuk mengetahui punca sebenar penularan wabak Covid-19 di kampung itu sama ada ia tercetus akibat kegagalan pematuhan prosedur operasi standard ( SOP) ketika mengadakan solat jemaah atau tidak.

Katanya, berdasarkan keterangan penduduk yang disahkan positif Covid-19, ada yang mengakui solat di Madrasah Al-Ahmadiah di sini tanpa mengamalkan penjarakan fizikal.

“Bagaimanapun, ramai yang didapati positif Covid-19 mengatakan bahawa tidak langsung terlibat dengan aktiviti solat jemaah di madrasah itu.

“Bagaimanapun, saya mengesyaki penularan jangkitan berlaku kerana tidak menjaga SOP dengan tidak menjaga jarak dan tiada pengimbas suhu di madrasah itu,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI