fbpx
Bangunan Komtar di George Town disimbahi cahaya berwarna bendera Palestin hari ini. -Foto FB ADUN Komtar, Teh Lai Heng

Komtar ‘bermandi’ cahaya warna bendera Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini yang merupakan bangunan ikonik Pulau Pinang bermandikan cahaya lampu berwarna bendera Palestin malam ini.

Inisiatif itu menarik perhatian penduduk bandar raya ini apabila ramai yang berkongsi gambar bangunan berkenaan yang dilimpahi cahaya berwarna merah, hijau, hitam dan putih tersebut di media sosial sebagai tanda menyokong usaha itu.

Turut berkongsi gambar berkenaan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Teh Lai Heng di laman sosial Facebook miliknya.

“Komtar dilimpahi cahaya berwarna bendera Palestin. Ianya merupakan tanda solidariti dan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin,” tulisnya di Facebook malam ini.

Sebelum ini, beberapa mercu tanda lain seperti Menara Kuala Lumpur, Menara Alor Setar di Kedah dan jambatan angkat atau ‘drawbridge’ di Terengganu turut dilimpahi cahaya warna bendera Palestin sebagai tanda solidariti terhadap rakyat negara berkenaan yang menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis Israel. – K! ONLINE