fbpx

Jangan tuduh, bawa bukti saya poligami – Saiful Apek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAIFUL APEK

PETALING JAYA – Didakwa mengamalkan poligami dengan mengahwini pengurus peribadi sebagai isteri kedua, pelawak Saiful Apek, 51, mencabar mereka yang berkenaan membawa bukti sebelum membuat tuduhan.

Kata pelakon itu, bukan baru sekarang dia diserang pelbagai kontroversi sebegitu sekali gus membuatkannya enggan ambil pusing sebarang dakwaan.

“Macam-macam orang cakap mengenai saya sejak dulu. Apa saja yang tak pernah dilemparkan kepada saya? Makin lama dalam bidang ini, saya sudah lali.

“Sebelum ini ada yang kata saya bercerai. Kata saya mengahwini Sabrina Ali. Kemudian terbaharu, dakwa saya punya hubungan dengan Fiza Elite. Sekarang dengan pengurus pula?

“Marah pun tak guna. Bawa dalil, bawa bukti. Tapi kalau orang tanya, saya cakap 50, sebab dalam filem saya ada 50 isteri,” katanya ketika ditemui pada majlis Anugerah Vieura, baru-baru ini.

Malah bapa kepada dua cahaya mata berusia lingkungan 20-an itu mengakui pengalaman banyak membantunya untuk menangani setiap kontroversi sebaik mungkin.

Cuma sedikit sebanyak Saiful atau nama sebenar Mohd. Saifulazam Mohammad Yusoff bersyukur kerana isteri dan anak-anaknya memahami liku dunia hiburan.

Sementara itu, Saiful yang dikatakan semakin menyepi daripada lakonan menjelaskan perkara tersebut berlaku mungkin disebabkan beberapa filemnya belum ditayangkan di pawagam.

“Pandemik Covid-19 yang melanda dunia turut memberi kesan kepada semua sektor termasuk perfileman. Sebenarnya banyak filem saya belum keluar, mungkin sebab itu orang sangka saya kurang berlakon.

“Filem terbaharu adalah Hantu Kuat Ketawa terbitan Mawi World Entertaiment yang menggandingkan saya dengan Syanie Hisham yang juga arahan Mawi.

“Ikutkan sebelum musim Covid-19 muncul, banyak tawaran saya ambil. Namun sudah takdir, dugaan ini melanda kita semua. Kita reda saja. Paling penting sekarang kita dapat putuskan rantaian wabak ini.

“Pada usia ini pun saya kena jaga diri. Syukur sejak berhenti merokok dan jaga pemakanan sejak 2014, kesihatan saya semakin baik malah berat badan pun naik 15 kilogram,” katanya  lagi. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI