fbpx

Grosjean ‘ternganga’ lihat teknologi milik Mercedes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GROSJEAN berpeluang melihat sendiri pusat pengeluar jentera F1 Mercedes di Brackley, England dan faham kenapa pasukan itu mampu memahat sejarah dalam sukan tersebut.

BRACKLEY – Bekas pemandu Formula Satu (F1), Romain Grosjean mengakui teruja dengan teknologi pasukan Mercedes dan hanya memerlukan tempoh lima minit untuk mengetahui bagaimana pasukan tersebut mampu mendominasi perlumbaan F1 sejak tahun 2014.

Bekas pemandu pasukan Haas itu dipanggil untuk me­lakukan lawatan ke pangkalan Mercedes di Brackley, England bagi melihat sendiri teknologi juara dunia tujuh kali F1 ber­kenaan menjelang majlis perpisahan di Paul Ricard, Jun nanti.

“Sampai sahaja ke kilang, saya terpaku dengan kemudahan dan cara mereka bekerja. Selepas lima minit berada di pusat pengeluar jentera F1 Mercedes di Brackley, saya sudah tahu me­ngapa mereka mampu memahat sejarah dalam sukan ini.

“Cuba tengok pasukan lain, tidak kisah sukan apa pun, yang boleh menyamai pasukan Mercedes. Ia hampir sukar. Berada di sana dan melihat sekeliling, kemudian anda akan faham.

“Biarpun tahun ini dalam ujian pramusim di Bahrain, ramai yang mengatakan Red Bull lebih pantas, namun selepas tiga perlumbaan, Mercedes terus mendominasi perlumbaan dengan tiga kemenangan daripada empat pusingan perlumbaan musim ini.

“Inilah kekuatan yang mereka ada. Mereka mungkin tidak mempunyai jentera paling laju, namun mereka akan sentiasa mencari jalan penyelesaian untuk setiap permasalahan,” ujar Grosjean.

Grosjean yang kembali ber­aksi dalam perlumbaan Indycar selepas enam bulan terlibat dalam kemalangan ngeri pada Grand Prix (GP) Bahrain tahun lalu, melakukan kejutan apabila menamatkan saingan di tempat kedua bagi perlumbaan GP India­napolis tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI