fbpx

Malaysia tidak pernah luluskan penyertaan pemain Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REEZAL menegaskan pihaknya tidak pernah memberikan kelulusan kepada pemain Israel untuk menyertai saingan Terbuka Malaysia.

PETALING JAYA – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memaklumkan bahawa pihaknya tidak pernah dan tidak akan memberi sebarang kelulusan penyertaan warganegara Israel dalam sebarang kejohanan sukan di Malaysia.

Ia termasuklah Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2021 yang sepatutnya diadakan dari 25 hingga 30 Mei ini di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebelum Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menangguhkan penganjuran itu baru-baru ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam satu kenyataan rasmi sebentar tadi menegaskan, ia merupakan syarat yang telah lama terpakai selari dengan dasar luar negara.

“Saya juga sentiasa mengingatkan bahawa semua kelulusan penganjuran kejohanan sukan antarabangsa oleh KBS melalui Pesuruhjaya Sukan adalah tertakluk kepada dasar luar negara. 

“Ini termasuklah larangan penyertaan atau penglibatan dari negara Israel tanpa sebarang komproni,” katanya yang dipetik daripada kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, pihak BAM sudah sedia maklum mengenai perkara itu dan telah menyampaikannya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Badan induk badminton negara itu juga telah menjelaskan bahawa jadual perlawanan yang telah dikeluarkan BWF tidak pernah diluluskan oleh pihak BAM mahupun KBS untuk tujuan kemasukan ke Malaysia.

Sehubungan itu, KBS menafikan sebarang dakwaan bahawa pemain Israel telah diberi kebenaran menyertai Terbuka Malaysia sepertimana yang tular di media sosial.

Sebagai rekod, Malaysia pernah bertindak tegas dengan memegang prinsip tidak membenarkan atlet Israel mengambil bahagian biarpun menyaksikan hak penganjuran Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Sarawak terpaksa dibatalkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI