fbpx

Allahyarham Haziq selamat disemadikan di kampung isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Haziq selamat disemadikan.

JASIN – Jenazah pemanah kebangsaan, Allahyarham Haziq Kamaruddin, 28, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Taman Koperasi Serkam Darat, kampung halaman isterinya, di sini kira-kira pukul 1.40 pagi tadi.

Turut berada di perkuburan adalah isterinya, Shahira Abdul Halim; Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan.

Jenazah telah disembahyangkan di surau Al-Taqwa di kampung berkenaan yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Terdahulu, Allahyarham Haziq selesai menjalani proses bedah siasat di Hospital Kajang, Selangor kira-kira pukul 9.30 malam semalam sebelum dimandikan serta dikafankan di hospital sama.

Semalam, arena sukan Malaysia dikejutkan dengan pemergian Haziq yang menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.37 pagi sejurus dikejarkan ke Hospital Kajang.

Ketiadaan Haziq merupakan kehilangan besar buat negara selepas arwah menjadi taruhan dalam persiapan untuk memburu tiket ke Sukan Olimpik Tokyo bersama beberapa atlet memanah yang berpotensi ke temasya itu.

Allahyarham yang berusia 27 tahun itu pernah beraksi pada Sukan Olimpik London (2012) dan Rio de Janeiro, Brazil (2016).-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI