fbpx

25 individu berhibur semasa PKP ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian individu yang ditahan dalam operasi di sebuah pusat hiburan di Jalan Burma, George Town tengah malam tadi.

GEORGE TOWN – Kedegilan 25 individu berhibur semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah pusat hiburan di Jalan Burma di sini mengundang padah apabila ditahan polis tengah malam tadi.

Mereka yang terdiri daripada 15 lelaki dan seorang wanita warga tempatan serta tiga wanita warga asing itu ditahan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah negeri semasa operasi pukul 12.30 tengah malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais berkata, enam lelaki warga tempatan yang merupakan pekerja di premis tersebut antara yang turut ditahan.

“Ujian saringan air kencing mendapati sembilan daripada mereka positif dadah.

“Meskipun premis berkenaan mempunyai lesen perniagaan dan hiburan sah, namun telah melakukan kesalahan kerana beroperasi dalam tempoh PKP,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini bagi siasatan lanjut.

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021, Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI