fbpx

Yu paus terdampar mati di depan kapal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangkai yu paus tersebut terdampar di hadapan sebuah kapal kargo yang sedang berhenti. - Amphon Sangkaew/77kaoded/The Pattaya News

SI RACHA, THAILAND – Seekor ikan yu paus ditemui terdampar mati pada bahagian hadapan sebuah kapal kargo di Si Racha, Thailand, lapor The Pattaya News semalam.

Kapal tersebut sedang berhenti di Pelabuhan Laem Chabang selepas tiba dari Hong Kong dan dijadual bergerak ke Bangkok.

Menurut kru kapal, tiada seorang pun menyedari ikan yu paus itu berada di bahagian hadapan kapal. Mereka juga tidak tahu bagaimana ia boleh berada di situ.

Pegawai berkaitan telah diberitahu mengenai kejadian tersebut.

Bangkai yu paus itu telah dialihkan dan bedah siasat akan dilakukan bagi mencari punca kematian.

Pada minggu lepas, seorang nelayan tempatan terlihat kelibat seekor ikan yang dipercayai yu paus di laut berhampiran Pattaya.

Bagaimanapun, berdasarkan saiz, haiwan yang dilihat itu dipercayai bukan yu paus sama yang ditemui mati. – AGENSI 

  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI