fbpx

[VIDEO] Rezeki ‘terpijak’ jumpa muntah ikan paus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aida Zurina menunjukkan ketulan batu dipercayai muntah ikan paus yang ditemuinya di Kemasik baru-baru ini.

KEMAMAN – Seorang pengusaha kedai makan tidak menyangka mendapat ‘rezeki terpijak’ apabila menemui objek menyerupai ketulan lilin dipercayai muntah ikan paus bernilai ratusan ribu ringgit di Marang baru-baru ini.

Aida Zurina Long, 41, berkata, dia terjumpa objek itu sewaktu memancing bersama ahli keluarganya berhampiran Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Marang pada pukul 11 malam, akhir bulan lalu.

Dia berkata, pada mulanya, dia mengalihkan objek terapung berhampiran kawasan memancing mereka ke tebing sungai dengan sebatang kayu kerana menyangka ia sampah.

“Oleh kerana perasaan ingin tahu, saya kembali ke lokasi itu pada keesokan harinya.

“Rupa-rupanya ia bukan sampah tetapi ketulan batu besar berwarna putih lalu menarik minat saya untuk mengambilnya untuk dibawa pulang,” ujarnya ketika ditemui di kedai makannya di Kemasik di sini hari ini.

Aida Zurina berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan ayahnya ketulan batu seberat kira-kira lima kilogram yang dibawa pulang ke rumah itu sebenarnya muntah ikan paus.

Jelasnya, ayahnya yang berpengalaman sebagai nelayan mengesyaki objek itu amat berharga sebelum membakar sedikit objek tersebut bagi membuktikan dakwaannya.

“Memang benar ia mencair dan meleleh seperti lilin sebelum mengeluarkan bau yang sangat harum apabila dibakar,” katanya.

Terdahulu, sekumpulan nelayan di Yemen menjadi jutawan sekelip mata  selepas  mereka terjumpa bangkai seekor paus sperma semasa keluar menangkap ikan di tengah laut, baru-baru ini.

Mereka membelah perut bangkai paus tersebut dan menemui ambergris atau muntah paus seberat 127 kilogram. Bahan yang ditemui dalam perut paus itu amat berharga dan digunakan untuk menghasilkan minyak wangi.

Kumpulan nelayan itu menjual muntah paus tersebut kepada seorang ahli perniagaan Emiriyah Arab Bersatu pada harga AS$1.5 juta (RM6.2 juta) sekali gus  jumlah yang amat besar kepada penduduk Yemen. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI