fbpx
IKAN paus yang tiada harapan untuk hidup selepas terdampar di pantai Australia akan dimatikan secara suntikan. – Gambar hiasan

Empat ekor paus tenat terpaksa disuntik mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEBERAPA ekor paus yang masih hidup setelah terdampar di Tasmania, Australia akan dimatikan dengan cara suntikan kerana haiwan itu tidak dapat diselamatkan.

Hampir 380 ekor paus jenis pilot ditemui mati setelah terperangkap di atas tebing pasir di Pelabuhan Macquarie, pantai barat Tasmania.

Pihak berkuasa Tasmania menjelaskan, sebanyak 88 ekor paus telah diselamatkan dan 20 ekor lagi masih terdampar dan sedang diselamatkan.

Pasukan penyelamat menyatakan, empat ekor paus yang masih hidup tetapi sukar untuk diselamatkan harus dimatikan secara suntikan.

Itu adalah tindakan paling berperikemanusiaan untuk dilakukan.

Wakil daripada Projek Konservasi Marin, Kris Carlyon menjelaskan, pihaknya telah cuba untuk menyelamatkan haiwan marin itu, tetapi ia tidak mampu bertahan lama.

“Keempat-empat ekor paus ini diperiksa oleh doktor haiwan sebelum keputusan mematikannya diambil.

“Tiada kepastian paus ini boleh bertahan. Tindakan terbaik adalah mematikannya secara suntikan,” katanya.

 

BERITA BERKAITAN