fbpx

Mayat pesakit Covid-19 dihanyut ke Sungai Ganga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tempat pembakaran mayat pesakit Covid-19 turut dilakukan di sepanjang tebing Sungai Ganga. - AFP

BIHAR, INDIA – Krisis Covid-19 semakin buruk di India sehingga memaksa penduduk miskin di bahagian utara negara itu membuang mayat ke dalam sungai yang sebahagiannya dipercayai pesakit Covid-19, lapor akhbar The New York Times hari ini.

Pihak berkuasa percaya bahawa penemuan puluhan mayat yang telah kembung dan terdampar di tebing Sungai Ganga, di sepanjang sempadan Bihar dan Uttar Pradesh, adalah berpunca daripada penduduk miskin di kawasan-kawasan pedalaman yang tidak mampu untuk menanggung peningkatan kos pembakaran mayat.

Beberapa penduduk turut menjumpai mayat-mayat pada malam kelmarin di sebatang sungai sebuah perkampungan di Bihar, yang lengkap berpakaian berwarna terang sedang terapung di atas sungai.

Penduduk di kawasan tersebut mempunyai adat untuk ‘mengebumikan’ insan yang mereka sayang, yang telah diikat dengan batu ke Sungai Ganga, sungai paling suci dalam agama Hindu.

Beberapa pegawai berkata, kira-kira 30 mayat dijumpai, selain beberapa saksi menganggarkan lebih daripada 100 mayat dijumpai.

“Saya tidak pernah melihat mayat yang begitu banyak.

“Dalam beberapa hari lepas, saya melihat lebih ramai penduduk mengangkat mayat yang ada antaranya menggunakan bahu mereka. Lebih banyak kematian berlaku,” ujar seorang doktor, Arun Kumar Srivastava.

Kementerian Kesihatan India pada semalam melaporkan lebih 386,000 kes baharu dan hampir 3,900 kematian akibat Covid-19.

Suku daripada jutaan rakyat India telah mati akibat wabak itu di seluruh negara, meskipun pakar-pakar percaya angka tersebut sebenarnya lebih tinggi ekoran kadar ujian yang rendah serta banyak jumlah kematian, yang kebiasaannya tidak direkodkan. – Agensi  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI