fbpx

6,150 tan sampah di Kota Bharu sepanjang Syawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menjangkakan sebanyak 6,150 tan kutipan sampah di Kota Bharu dalam tempoh sebulan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Yang Dipertua MPKB-BRI, Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf berkata, dengan jumlah itu, pihaknya turut menjangkakan sebanyak 205 tan kutipan sampah sehari ekoran penduduk di daerah ini beraya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, jangkaan itu kemungkinan berlaku berdasarkan data dan jumlah kutipan sampah pada tahun lalu.

“Sepanjang bulan Syawal tahun lalu, kutipan sampah sebanyak 5,897 tan dalam tempoh sebulan atau 203 tan sehari direkodkan. Bagi tahun 2019 pula sebanyak 6,627 tan sebulan atau 214 tan sehari.

“Sehubungan itu, kita menjangkakan kutipan sampah tahun ini lebih sedikit berbanding tahun lalu kerana sudah dua tahun kita beraya dalam tempoh PKP,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Tuan Zainal Abidin, kutipan sampah pada musim perayaan dalam PKP sebenarnya lebih rendah jika dibandingkan dengan kutipan pada hari biasa.

Katanya, setakat ini, purata kutipan sampah pada hari biasa adalah dianggarkan sebanyak 250 hingga 350 tan sehari.

“Sempena musim perayaan Aidilfitri, kutipan sampah di kawasan Zon A Kota Bharu diuruskan oleh Syarikat Alam Flora. Bagi Zon B dan Zon D pula diuruskan oleh MPKB-BRI.

“Bagi kutipan di Zon C diuruskan oleh Syarikat Technology Enterprise Sdn. Bhd. Kutipan sampah di daerah ini dilakukan seperti biasa iaitu dua kali setiap hari kecuali pada 1 Syawal,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI