fbpx

Zoo sorok kehilangan tiga harimau bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk sekitar memaklumkan ada terlihat kelibat harimau bintang itu di luar kawasan zoo. - Getty

BEIJING – Sebuah zoo di Fuyang menyembunyikan kehilangan tiga ekor harimau bintang dari premis tersebut selama berminggu-minggu, lapor majalah People kelmarin. 

Menurut laporan NBC News, Huangzhou Safari Park tidak memaklumkan tentang tiga ekor harimau bintangnya yang lolos  sehinggalah penduduk sekitar melaporkan terlihat binatang buas itu di luar kawasan zoo.

Tiga minggu selepas kehilangan haiwan itu, pihak berkuasa berjaya menangkap dua daripada tiga ekor harimau bintang itu manakala seekor lagi masih belum ditemui.

Pihak berkuasa menjejak haiwan terbabit selepas menemui kesan tapak kaki harimau bintang itu.

Penduduk sekitar memaklumkan kepada pihak berkuasa bahawa mereka terlihat haiwan tersebut di beberapa lokasi sekitar kejiranan Jinyuan Villa.

Taman safari itu hanya memaklumkan tentang kehilangan harimau bintang itu selepas pencariannya bermula, seminggu selepas orang awam memaklumkan ada ternampak kelibat haiwan tersebut.

Taman safari itu kemudian mengakui tidak melaporkan insiden terbabit kerana enggan menyekat kedatangan pelancong selepas sambutan May Day pada awal Mac lalu.

“Kami bimbang pengumuman tentang kehilangan haiwan itu akan menyebabkan panik,” kata Huangzhou Safari Park dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Pihak taman safari itu juga memohon maaf serta menambah,  seekor lagi harimau bintang yang masih hilang itu tidak berbahaya kerana ia tidak ganas.  -Agensi

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI