fbpx
LISDAWATI dan suaminya, Fauzi Nawawi.

Lisdawati bimbang suami sanggup ‘gadai nyawa’ demi rezeki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Pelakon Lisdawati terharu namun pada masa sama bimbang memikirkan keselamatan suaminya yang juga pelakon, Fauzi Nawawi sanggup membahayakan diri sendiri demi mencari rezeki buat keluarga.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik Lisdawati dalam Instagramnya, pelakon berusia 43 tahun itu berkongsi aksi suaminya melakukan babak dilanggar sebuah kereta dalam sebuah filem terbaharu lakonannya.

“Ya Allah, kau pelihara suamiku ini. Sanggup menggadai nyawa untuk mencari rezeki buat kami sekeluarga,” tulis Lisdawati bimbang.

Ujar pelakon filem KL Menjerit itu, dahulu dia juga merupakan seorang wanita lasak dan amat gemarkan sukan mencabar.

Namun semakin lama perasaan teruja tehadap aktiviti sukan lasak bertukar bimbang seiring dengan peningkatan usianya.

“Bila umur tidak lagi muda, semua perasaan ada. Risau sebab anak paling kecil usianya baru mencecah dua tahun 10 bulan,” katanya.

Dalam hantaran berkenaan juga, Lisdawati sempat menitipkan pesanan untuk suaminya supaya menjaga diri ketika bekerja.

“Ayang (sayang) jaga diri tau. Saya sayangkan awak. Apa pun stunt (lagak ngeri) sayang masih berbisa.

Sebelum terkenal sebagai pelakon, Fauzi sememangnya merupakan seorang pelakon tambahan untuk melakukan adegan melibatkan aksi lagak ngeri bagi beberapa produksi drama dan telemovie bermula pada 1998.

Fauzi dan Lisdawati mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata. -K! ONLINE

POPULAR