fbpx

Isytihar 9.65 juta batang rokok sebagai karpet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Halim menunjukkan rokok putih yang dirampas pihaknya di Pelabuhan Klang pada Rabu dan Jumaat lalu.

SEBERANG PERAI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang menggagalkan cubaan menyeludup 9.65 juta batang rokok putih tanpa cukai menerusi dua serbuan di Pelabuhan Klang, Selangor pada Rabu dan Jumaat lalu.

Keseluruhan rokok bernilai RM772,000 dan cukai bernilai RM6.3 juta itu dipercayai cuba diseludup dengan kontena.

Pengarahnya, Abdul Halim Ramli berkata, pihaknya menahan empat lelaki berusia 30-an menerusi kedua-dua serbuan semasa menahan lori kontena berkenaan.

“Pada serbuan pertama, pemandu lori ditahan bersama 495 master case (kotak rokok besar) rokok putih disyaki tidak berkastam bernilai RM396,000 dan cukai RM3.17 juta.

“Pasukan sama turut menahan dua orang disyaki pengimport dan seorang ajen penghantar bersama 470 sarung rokok putih bernilai RM376,000 dan cukai RM3.14 juta,” katanya pada sidang akhbar di Butterworth di sini hari ini.

Abdul Halim berkata, siasatan pihaknya mendapati sindiket terbabit mengisytiharkan kontena berkenaan sebagai karpet.

“Melalui dokumen-dokumen yang diperolehi, dagangan itu disyaki berasal dari sebuah negara di Asia Barat.

“Terdapat kemungkinan jika kedua-dua tangkapan itu mempunyai kaitan, namun kita sedang menyiasat,” katanya lagi.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) dan Seksyen 135(1)(g) Akta Kastam 1967 serta Seksyen 74(1)(e) Akta Eksais 1976. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI