fbpx

Ebit Lew bantu pengutip besi warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit berbual dengan pengutip besi warga emas yang dibantunya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Seorang wanita warga emas berusia 62 tahun yang telah menjadi gelandangan selama 14 tahun terharu menerima bantuan daripada penceramah popular, Ustaz Ebit Lew di sini baru-baru ini.

Ebit berkata, wanita bernama Maaletchmy itu menyara hidup dengan mengutip besi di kawasan berdekatan dan dia sering tidur di sebalik pokok kecil kerana tidak mahu dilihat orang.

“Mak cik Maaletchmy tidak mahu menyusahkan sesiapa. Mereka yang mengenali mak cik ini gembira apabila saya datang. Mereka minta saya tolong mak cik ini kerana risau dengan keselamatannya yang tidur di tepi jalan.

“Mak cik ini juga menceritakan kisahnya diganggu lelaki yang berniat jahat dan meraba anggota badannya. Ramai yang ambil kesempatan walaupun dia sudah tua,” katanya di laman Facebook rasmi beliau hari ini.

Menurut Ebit, Maaletchmy pernah diusir keluar dari rumah sewa kerana tidak mampu membayar sewa.

“Saya menawarkan rumah sewa percuma kepadanya namun ditolak oleh mak cik ini kerana katanya ramai lagi yang memerlukan bantuan dan dia masih mampu mencari duit untuk makan dan minum.

“Katanya lagi dia tidak percaya orang luar tetapi setelah beberapa kali memujuk akhirnya mak cik ini setuju dibantu dan saya turut membawanya membeli-belah sambil menunggu kunci rumah sewa di Mentari Court, di sini,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI