fbpx
. Tertuduh (tengah) ketika dibawa ke Kompleks Mahkamah George Town, hari ini. DANIAL SAAD/KOSMO!

‘Saya mengaku rompak, tiada siapa akan jamin’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Seorang pengutip besi buruk mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas tuduhan merompak seorang wanita warga Sepanyol, 30 September lalu.

Tertuduh, N.Kannan, 43, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Juraidah Abbas.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah melakukan kesalahan merompak sebuah beg milik seorang wanita warga Sepanyol di hadapan Premis Grand Vege Creative, Lorong Aboo Sittee di sini, kira-kira pukul 6.15 pagi, 30 September lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ketika prosiding, Puteri Nor Nadia tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh memandangkan tertuduh telah membuat pengakuan bersalah.

“Bagaimanapun, sekiranya mahkamah mahu memberikan jaminan saya pohon jaminan bernilai RM10,000 dengan seorang penjamin dan pohon satu tarikh untuk lantikan peguam,” katanya.

Hakim Juraidah kemudian bertanya kepada tertuduh sama ada dia mempunyai individu yang akan membantu menjaminnya.

Tertuduh kemudian mengulangi semula pengakuan bersalahnya dan memaklumkan bahawa tiada siapa yang akan menjaminnya.

Hakim kemudian menetapkan bahawa tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada tertuduh. Tarikh 12 November depan ditetapkan sebagai tarikh lantikan peguam dan serahan dokumen kes tersebut.

Difahamkan, kejadian berlalu ketika tertuduh sedang mengutip besi buruk di lokasi kejadian untuk dijual bagi membeli dadah. Kemudian tertuduh ternampak mangsa lalu terus merompak beg wanita itu yang mengandungi wang tunai serta pasport. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN