fbpx

Jangan fitnah Ebit Lew, Mondy bukan untuk ‘content’- Ustaz Derry

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan penjelasan oleh Ustaz Derry

PETALING JAYA – Seorang ustaz dari Indonesia tampil memberi penjelesan tentang kontroversi yang melanda penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew dan seorang wanita gelandangan bertatu penuh di muka bernama Mondy Tatto.

Lelaki berkenaan yang dikenali Ustaz Derry Sulaiman berkata, dia sangat mengenali Mondy dan mengetahui kehidupannya di negara asalnya itu.

“Sememangnya di viral di Indonesia, mempunyai pengikut juta-juta, tetapi silapnya kami di sini (Indonesia) tak support (sokong) kehidupan dia.

“Sehinggalah Allah hantar Ustaz Ebit Lew, jumpa Mondy tidur ditepi jalan, itu semua bukan rekaan atau lakonan. Jadi jangan sebar fitnah kepada Ustaz Ebit Lew.

“Mondy ke Malaysia ada idea daripada Ustaz Ebit Lew, supaya dia (Mondy) terhindar daripada lingkungan (perkara) yang boleh merosakkan dirinya,” jelas Derry dalam satu klip video.

Derry menambah, kehidupan Mondy juga akan lebih terjaga di Malaysia dengan bimbingan Ebit dan rakan-rakan di negara ini.

“Mondy bisa (boleh) belajar agama, baiki kehidupan dan masa sama memperbaiki ekonomi dirinya. Boleh juga Mondy mencari seorang suami yang soleh.

“Mondy juga sedang mencari suami yang soleh, moga dipermudahkanlah,” jelas Derry.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan nama Ebit kembali menjadi sebutan ramai apabila niat murninya membantu Mondy Tatto dipersoalkan khalayak.

Ramai dalam kalangan netizen terkejut apabila mengetahui wanita itu bukanlah seorang gelandangan yang memerlukan bantuan seperti dipaparkan lelaki itu, sebaliknya seorang pempengaruh media sosial memiliki 1 juta pengikut dalam TikTok.

Bantuan dihulurkan Ebit atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew terus menjadi perdebatan ramai apabila wanita itu dilihat menjual produk difahamkan keluaran pendakwah terbabit menerusi satu siaran langsung (live) dalam TikTok.-KOSMO! ONLINE.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI