fbpx

Tiga kawasan dikenakan PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga kawasan bermula 12 hingga 25 Mei depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lokasi yang dikenakan ialah di Felda Kahang Timur, Kluang, Johor; Kampung Bako, Hilir, Kuching, Sarawak dan lanjutan PKPD di Felda Umas, Kalabakan, Sabah.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM), kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD bagi kesemua kawasan terbabit.

“Sementara itu, kerajaan bersetuju menambah Mukim Hulu Besut menjadikan 15 Mukim di daerah Besut dikenakan PKP sehingga 20 Mei ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI